Isnin, 15 Februari 2016

Hari ini 16 Februari 2016 bersamaan hari Selasa, sekolah tempat saya mengajar telah mendapat kunjungan daripada NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFTEY & HEALTH ( NIOSH ). NIOSH telah menganjurkan Program Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Sekolah ( OSH In School ). Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah Pameran keselamatan oleh agensi-agensi keselamatan, ceramah oleh JKKP, ceramah oleh Hap Seng Materials serta ceramah oleh Chemsain Konsultant. Permainan berkumpulan ala-ala Running Man serta kuiz Spot the Hazard juga diadakan. Pelajar-pelajar yang menyertai program ini sangat seronok, ini ditambah dengan persembahan Tarian Singa semasa menyambut perasmi iaitu Tan Sri Lee Lam Thye. Program berakhir tepat jam 10.00 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan