Isnin, 6 November 2017

Musim menanda kertas BM PT3 sudah tiba....sebelum tu nak selak2 tajuk yang berkaitan dengan tajuk yang dikemukakan dalam peperiksaan....terjumpa yang ni..diolah sedikit, dan saya share. Selamat Menanda kertas BM 02 kepada guru2 BM PT3 !

KELEBIHAN-KELEBIHAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Malaysia terkenal dengan buah-buahan tempatannya. Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang berasal daripada negara kita. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan tempatan, seperti buah manggis, buah betik, buah rambutan, dan lain-lain lagi. Persoalannya, apakah kelebihan-kelebihan buah-buahan tempatan ini?

            Antara kelebihan buah-buahan tempatan ialah buah-buahan tempatan mengandungi banyak khasiat. Khasiat dan vitamin yang terkandung dalam buah-buahan tempatan kita standing dengan buah-buahan yang diimport. Misalnya, buah jambu batu mengandungi vitamin C yang tinggi dapat meningkatkan antibodi badan dan buah pisang pula boleh membantu pencernaan perut. Jelaslah di sini bahawa buah-buahan tempatan memang banyak khasiatnya.

            Seterusnya, buah-buahan tempatan juga mudah didapati. Buah-buahan tempatan mudah didapati dan masih segar terutama pada musim buah-buahan. Pokok buah-buahan seperti rambutan, betik, dan cempedak biasanya ditanam di sekitar rumah kita. Berbanding dengan buah-buahan yang diimport hanya boleh didapati di pasaraya-pasaraya dan sudah tentu tidak sesegar buah-buahan tempatan.

            Selain itu, harga buah-buahan tempatan juga lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport. Hal ini kerana, buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dipasarkan. Kos penghantaran buah-buahan tempatan tidak setinggi kos yang diperlukan untuk mengimport buah-buahan seperti epal, anggur, kiwi dan sebagainya.

            Di samping itu, buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita lebih gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan pekebun-pekebun buah-buahan tempatan. Tambahan lagi, buah-buahan seperti nanas dan rambutan yang ditinkan telah berjaya dieksport ke Arab Saudi dan Amerika Syarikat. Jelaslah di sini bahawa buah-buahan tempatan dapat membantu meningkatkan pendapatan negara.


            Tuntasnya, memang tidak dinafikan lagi bahawa buah-buahan tempatan mempunyai banyak kelebihan. Oleh itu, wajarlah kita menyahut seruan kerajaan untuk Kempen Makanlah Buah-buahan Tempatan, seperti kata pepatah tak kenal, maka tak cinta. Memilih dan memakan buah-buahan tempatan tempatan bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan kita malahan dapat membantu menjana ekonomi negara.

Nak buat majlis kat sekolah kena ada Kertas Kerja dan sebagainya....so, hari ni saya saja2 nak share Kertas Kerja Majlis Anugerah Pelajar yang mudah......silakan komen atau share...

SMK BENONI, PETI SURAT 189, 89608, PAPAR, SABAH
TEL: 088-912337, FAX:088-915499

KERTAS KERJA MAJLIS ANUGERAH PELAJAR 2017
SMK BENONI, PAPAR


PENDAHULUAN

Majlis Anugerah Cemerlang merupakan program yang  mengiktiraf kejayaan murid-murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Dengan adanya program ini, ia diharapkan menjadi satu galakan kepada murid-murid untuk berusaha lebih gigih demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik seterusnya memberikan motivasi kepada ibu bapa untuk terus membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan.

TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Tujuan
Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Puan Pengetua untuk mendapat kelulusan melaksanakan Majlis Anugerah Cemerlang  dan memohon peruntukkan kewangan daripada pihak sekolah. 

Matlamat
1.    Mengiktiraf kejayaan murid-murid dalam pelbagai bidang.
2.    Memberi galakan kepada murid-murid untuk berjaya dalam pelajaran.
3.    Memberi galakan kepada ibu bapa agar terus memberikan sokongan kepada anak-anak mereka dalam mencapai kejayaan.
4.   Mengeratkan hubungan dan memupuk kerjasama antara warga sekolah dengan masyarakat setempat

     Objektif
1.    Menghargai potensi murid-murid dalam pelbagai bidang.
2.    Mengenal pasti pelajar-pelajar yang cemerlang.
3.    Membentuk keyakinan diri murid-murid dalam pelbagai bidang.
4.    Mempamerkan contoh murid-murid cemerlang kepada murid-murid lain.
5.   Memberi galakan kepada ibu bapa dalam membantu pihak sekolah mempertingkatkan
     prestasi dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
6.   Membina perasaan muhibbah antara guru-guru, ibu bapa dan warga SMK BENONI,PAPAR.


BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 01 NOVEMBER 2017
Hari    : RABU
Masa : 07.00 – 12.30 PM
Kumpulan Sasaran : PELAJAR-PELAJAR SMK BENONI, PAPAR
Tempat Program Dijalankan : DEWAN SERBAGUNA, SMK BENONI, PAPAR






JAWATANKUASA MAJLIS ANUGERAH PELAJAR 2017

PENGERUSI : PENGETUA, PUAN HJH. ROSNI BINTI WAHAB


TIMBALAN PENGERUSI :
1.       AK JOHARI BIN PG ABU BAKAR ( PK1)
2.       NORAINI BINTI TALIB ( PK PRA-U )
3.       JUHRIN BIN OSMAN ( PK HEM )
4.       TUAN HJ. NARAWI BIN DIASIM (PK KOKUM)


SETIAUSAHA :
1.       NURFIZRIYATIE BTE NANANG ( SU KURI)
2.       NOR FADZILAH BTE RAZALI ( SU HEM )
3.       NORNIZAM YUSOF ( SU KOKUM )
4.       IRNA BINTI ABDUL KARIM ( SU PRA-U )

BENDAHARI : NURUL BAIZURA BT MOHD RAZIB

GURU KANAN BIDANG :
1.       USTAZAH SITI NAHAR YAAKOB ( GKB BAHASA )
2.       DK NAZIRAH BT PG OMAR ( GKB VOTEK )
3.       HAMIZNAH BT HAMID ( GKB KEMANUSIAAN )
4.       DG RUSIAH BT YAHYA ( GKB SAINS MATEMATIK )
1.       AJK SAMBUTAN/PROTOKOL
-          DK NAZIRAH PG OMAR (K)
-          USTAZAH SITI NAHAR YAAKOB
-          HAMIZNAH BT HAMID
-          DG. RUSIAH BT YAHYA
2.       AJK JEMPUTAN
-          EVELYNA CHIN (K)
-          USTAZAH ROZAINA
-          ZAFLY KIOT
3.       FLOOR MANAGER
-          AG MAHMUD BIN AG TENGAH (K)
-          ANNA ANNE JOSEPH
4.       AJK TEKNIKAL (PA SYSTEM)
-          BURHAN BIN BUSU (K)
-          JUSTINE OLIVER BILLEY
-          CHRISTIE ALFRED
5.       AJK FOTOGRAFI
-          DONNY ANTHONY (K)
-          CHEE CHI KHIONG
6.       AJK JAMUAN
-          SULINAH BONGSU
-          RUZIANA EDRUS
-          DG ROSNIAH ABD. JALIL
-          SITI MUSLIHAH
7.       AJK TAJAAN
-          JANET JEQUILINE JILLY (K)
-          MARDIAH SYED DALBEH
-          DG JAMILAH AG JAMBUL
8.       AJK KAWALAN LALU LINTAS
-          SYED RAZALI BIN SYED DALBEH (K)
-          AHLIP BIN MAT
-          ROSLAN BIN ZABAR
9.       AJK PEGAWAI PENGIRING
-          MOHD JAYA SHAM BIN KASSIM (K)
-          LAILATUN HASLINA ABDUL LATIF
10.   AJK PERALATAN
-          MOHD BASHYIR DZARALY (K)
-          ANITA CYRILLUS
-          USTAZ SOHIT BIN LATIP
-          HAFIDZULFITRI

11.     AJK PENGURUSAN MURID
-           HJH IJAT BT MATZAKIR (K)
-           USTAZ IZHAR MOHD ALI
-           HJH RAHIMAH ALIJANG
-           SARINAH ABD SANI
-           JUSTINE OLIVER BILLEY
12.   AJK JURUACARA MAJLIS
-          AFIZAH HJ SHUHAIBUN (K)
-          DK ROSMAH AG HASSAN
-          YAHYA BIN HJ ALAMIN

13.   AJK BACAAN DOA
-          USTAZ MOHAMAD HANAFI BIN MOHAMAD HUSSIN (K)
-          USTAZ WAN EDWINHILMY BIN WAN THALJI
14.   AJK KEBERSIHAN
-          NURSHAKINI BT MOHD BAHARDEEN(K)
-          DIS AFIDAH ABDUL HAMID
-          WAN ROSMAWATI WAN MD ZAIN

15.   AJK HIASAN PENTAS
-          DORITHY MISIR (K)
-          ELIZABETH MIKIL
-          LINDA YIUS
-          TERESA ALOW
-          NUR HASANAH ABU SAMAH
16.   AJK PERSIAPAN TEMPAT
-          SUMARNI ZAINOL (K)
-          DANCEY AZIE
-          ABDULLAH FAHMI ABD HADI
17.   AJK SIJIL
-          IMELDA JINAWIN (K)
-          BEVERLY VELARIE GEORGE
-          SITI AISYAH BT SAIPUL BAHRI
-          NASRANAH NASRIN
18.   AJK HADIAH DAN CENDERAMATA
-          DK ROSHALIZAH AG HASSAN (K)
-          DG AISAH HJ PG GANA
-          NORLAILA
-          MARIANI

19.   AJK BUKU ATURCARA
-          NOORFAIZAH BT SALLEH (K)
-          DG ISNEAYU PG ABDUL HALIM
-          USTAZAH IFFAH SYAZWANI
-          SITI AKMAR MATALI
20.   AJK GIMIK PERASMIAN
-          MOHD FIRDAUS BIN MOKHTAR(K)
-          AMIR SAIFUDDIN MOHD FAUZI
21.   AJK DOKUMENTASI
-          RITA CHAU (K)
-          DG ROSMAH AG WAHAB
-          SALMIAH HUSSIN
22.   AJK PERSEMBAHAN
-          APLIEN ULUT (K)
-          DORINI SAYUN

23.   AJK BACKDROP
-          VIANNA HO (K)
-          DG. SITI NOR BAIZORA OTHMAN


24.   AJK DISIPLIN DAN KESELAMATAN
-          USTAZ SAMAN BIN MININ (K)
-          SURAHMAN BIN SALIM
-          JUNAIDI BIN MOHD YUSOFF
-          SURIJAH SATARI
25.   AJK PENDAFTARAN/URUSETIA
-          FATMAWATI RUKKAH (K)
-          SU Kurikulum, SU HEM, SU Kokum, SU Pra-U, SU Staff
( dibantu oleh beberapa orang pengawas sekolah@PRS)

26.   AJK JUBAH ( sekiranya diperlukan )
-          HAFIDZULFITRI








TENTATIF MAJLIS ANUGERAH PELAJAR 2017

30/10/17 ( RABU )

ATURCARA
PERGERAKAN
TINDAKAN/PERSONEL
07.30
PELAJAR BERKUMPUL

KETIBAAN GURU

KETIBAAN IBUBAPA DAN JEMPUTAN
-          Pelajar diatur kedudukan didalam dewan



-          Jemputan khas diiring dan ditentukan kerusi oleh JK Protokol
-          Jawatankuasa Pengurusan Murid



-          JK Protokol
08.15
KETIBAAN JEMPUTAN KHAS
-          Tn. Hj. Suhaimi Hj. Harun
( Pegawai Pendidikan Daerah Papar )
-          Perasmi tiba di depan Pejabat Am dan dibawa masuk ke bilik pengetua untuk menandatangani Buku Kehadiran Pelawat
-          Perasmi dibawa ke Dewan bersama pengetua serta PK-PK.
-          Ketibaan rombongan diumumkan oleh Juruacara dan hadirin diminta berdiri
-          JK LO,JK Protokol dan pentadbir


-          Juruacara
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
LAGU SABAH TANAH AIRKU
-          Hadirin diminta berdiri


-          Hadirin diminta duduk setelah selesai nyanyian.
-          Juruacara
-          JK PA System
BACAAN DOA
-          Bacaan Doa majlis dipimpin oleh Ustaz Mohamad Hanafi.
-          Juruacara
-          JK Bacaan Doa
UCAPAN ALUAN
-          EN. AK JOHARI PG. ABU BAKAR
-          Ucapan aluan oleh PK 1
-          Juruacara
-          PK 1
UCAPAN YDP PIBG
-          Ucapan oleh En. Ag Asim Ag. Besar
-          Juruacara
-          YDP PIBG
UCAPAN PERASMIAN
-          TN. HJ. SUHAIMI HJ. HARUN (PPD)
-          Ucapan perasmian oleh PPD
diiringi acara Gimik
-          Juruacara
-          Perasmi
-          JK Gimik
GIMIK PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI
-          Gimik Perasmian oleh perasmi diiringi oleh PK 1
-          Cenderahati diserahkan oleh PK Pentadbiran
-          Perasmi dan PK 1 dipersilakan duduk sebelum acara seterusnya.
-          JK Hadiah
-          Juruacara
-          JK Gimik
-          Perasmi
-          PK Pentadbiran

PENYAMPAIAN ANUGERAH



-          KEHADIRAN 100%
-          KEHADIRAN KELAS TERBAIK




-          Penyampai, Tn Hj. Narawi/ DK Nazirah
-          Pelajar disusun mengikut anugerah yang diterima.
-          Juruacara mempersilakan penyampai anugerah untuk naik ke pentas.
-          Pelajar bergerak ke pentas mengikut menerima anugerah apabila dipersilakan oleh juruacara.
-          Pelajar yang telah menerima anugerah akan keluar dari pintu sebelah kiri.
-          Apabila selesai penyampaian anugerah penyampai anugerah akan dipersilakan duduk dikerusi semula.
-          Juruacara
-          JK Sijil
-          JK Hadiah
-          JK Pengurus Pelajar
-          PK Kokum
-          GKB Votek
PERSEMBAHAN 1
-          Persembahan Nyanyian
-          Juruacara
-          JK Persembahan
PENYAMPAIAN ANUGERAH AKADEMIK 1
~Penyampai PK KPU/Miznah
-          Tingkatan 1
-          Tingkatan 2

-          Penyampai PK KPU/ Hamiznah


-          Juruacara
-          JK Sijil
-          JK Hadiah
-          JK Pengurus Pelajar
-          PK KPU
-          Hamiznah
PENYAMPAIAN ANUGERAH AKADEMIK 2
-          Tingkatan 3
-          Tingkatan 4
-          Penyampai PK 1/Ust. Siti Nahar

-          Juruacara
-          JK Sijil
-          JK Hadiah
-          JK Pengurus Pelajar
PENYAMPAIAN ANUGERAH AKADEMIK 3
-          Tingkatan 5
-          PPKI
-          Tingkatan 6
-          Penyampai YDP PIBG/Tn. Hj. Narawi
-          Juruacara
-          JK Sijil
-          JK Hadiah
-          YDP PIBG
-          PK KOKUM
PERSEMBAHAN 2
-          Persembahan Nyanyian
-          Juruacara
-          JK Persembahan
PENYAMPAIAN ANUGERAH KOKUM dan KHAS
-          ANUGERAH KOKUM
-          ANUGERAH KHAS BIDANG
-          ANUGERAH KHAS PENGETUA
-          Perasmi/AK. Johari
-          Juruacara
-          JK Sijil
-          JK Hadiah
-          Perasmi
-          PK 1
SESI FOTOGRAFI
-          Perasmi, Pentadbir dan pelajar terbabit dipersilakan untuk sesi fotografi.
-          Susunatur oleh JK Fotografi
-          Setelah selesai sesi fotografi PK 1 mempersilakan perasmi ke bilik jamuan.

-          Juruacara
-          JK Fotografi
JAMUAN
-          Jemputan Khas, YDP PIBG, PK 1 dijemput ke bilik jamuan terlebih dahulu.
-          Juruacara
-          JK Protokol
-          JK Jamuan
12.30
BERSURAI
-          SETELAH PERASMI BEREDAR DARI DEWAN SECARA RASMI
-          Juruacara
-          JK Disiplin



PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Semoga segala usaha murni ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan agar objektif serta matlamat  yang dikehendaki tercapai. 





DISEDIAKAN OLEH;




…………………………………………..
SETIAUSAHA MAP 2017
SMK BENONI, PAPAR.

27 OKTOBER 2017